Awas dengan Kegiatan Peminta Sedekah Di Pudu Sentral

Peristiwa ini terjadi beberapa bulan yang lalu. Ketika itu saya sekadar lepak-lepak di Terminal Bas Pudu Sentral.  Aktiviti saya yang kerap ke Kuala Lumpur (KL)  semasa musim cuti sememangnya membuatkan saya kerap singgah di Pudu Sentral untuk berehat, makan dan mengecas telefon bimbit.

Pada satu hari semasa saya di sana, datang seorang peminta sedekah meminta sedikit wang dengan alasan ingin pulang ke Ipoh namun tidak saya endahkan.

Di hari yang lain pula,  orang yang sama datang lagi kepada saya meminta wang tetapi kali ini dengan alasan ingin pulang ke Sabak Bernam, suatu tempat yang disangkanya saya tidak tahu dimana padahal sebenarnya saya ni orang Sabak Bernam.  Hahaha.

Gelagat mereka ini bukan sahaja mengganggu pengunjung-pengunjung tetapi juga boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap pelancong asing.

Saya mengharapkan agar tindakan yang tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa terhadap pengemis-pengemis ini kerana dari gaya dan tubuh badan mereka menperlihatkan yang mereka ini mampu untuk bekerja mencari rezeki dengan cara yang betul.


Ulasan