Keputusan Penender Berjaya Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil 1/2015


Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.           Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Tender Khas Kenderaan Lucuthak Kastam (JTKKLK) telah bermesyuarat pada 8 April 2015 untuk membuat penilaian dan keputusan kepada tender seperti di atas. Tujuan mesyuarat ialah untuk membuat keputusan ke atas perkara-perkara berikut iaitu :-

2.1    Menentukan penender-penender yang berjaya.

2.2    Menentukan kedudukan ke atas lot-lot kenderaan yang mendapat tawaran harga terlalu rendah daripada harga simpanan.

2.3    Menentukan kedudukan ke atas lot-lot kenderaan yang tidak mendapat sebarang tawaran.

3.           Perakuan dan keputusan JTKKLK adalah seperti berikut iaitu :-


    1. Penender-penender yang berjaya adalah seperti di Lampiran A. 

       
    2. Kedudukan ke atas lot-lot kenderaan yang menerima tawaran harga rendah daripada harga simpanan dan lot-lot kenderaan tidak mendapat sebarang tawaran adalah seperti di Lampiran A.

       
    3. Pemilihan penender yang berjaya adalah berdasarkan faktor-faktor berikut iaitu :-

       
      1. Harga tertinggi yang ditawarkan.
      2.   Implikasi susutnilai jika tidak dilupuskan dengan segera.
      3.   Mematuhi syarat-syarat tender.



        4.           Syarat-syarat tawaran kepada penender-penender yang berjaya adalah seperti berikut :-



        4.1    Penender yang berjaya dikehendaki membuat pembayaran sepenuhnya dalam tempoh 14 (empat belas) hari bermula dari 8 April 2015. Permohonan atau rayuan untuk melanjutkan tempoh pembayaran penuh hendaklah mendapat kelulusan daripada Ibu Pejabat.



        4.2    Deposit tender dilucuthak kepada Kerajaan jika penender yang berjaya gagal membuat pembayaran sepenuhnya atau menarik semula tawarannya dalah tempoh yang telah ditetapkan.



        4.3    Bagi lot-lot terdapat penender berjaya pertama, kedua berjaya dan ketiga berjaya hendaklah ditawarkan kepada penender kedua berjaya jika penender yang berjaya gagal membuat pembayaran penuh atau menarik semula tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Seterusnya ditawarkan kepada penender yang ketiga berjaya jika penender yang kedua gagal membuat pembayaran penuh atau menarik semula tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Ulasan