Model Kereta BMW 2 Series Baru Diperkenalkan.

BUAT pertama kalinya, BMW Malaysia memperkenalkan model terbaharu BMW 2 Series Active Tourer yang mempunyai rekaan lebih moden dan santai dengan ciri-ciri pemanduan dinamik.

Model terbaharu ini menawarkan lima tempat duduk yang boleh dilipat (tempat duduk belakang) sekiranya mahu menggunakan ruang yang lebih besar untuk penumpang mahupun di bahagian but.

Apa yang pasti, sentuhan bahagian dalaman model BMW tidak pernah mengecewakan yang melihatkan kemasan balutan kulit mengelilingi stereng dan tempat duduk.

Turut disediakan skrin di paparan pemuka, kit BMW Connected Drive, kawalan cruise, bantuan parkir automatik, dan autonomi brek kecemasan dan sebagainya.
Model 218i transmisi automatik enam kelajuan ini menggunakan enjin petrol 1.5-liter tiga silinder mampu menghamburkan 136 kuasa kuda dan 220Nm untuk tork.

Ia mampu memecut dari 0-100km/h dengan catatan 9.2 saat dan kelajuan maksimum model ini ialah 205km/h. 

Dalam pada itu ciri-ciri keselamatan tetap diberi perhatian utama seperti beg udara di bahagian pemandu dan penumpang, isyarat tayar pancit, isyarat hujan, isyarat kemalangan dan sebagainya.

BMW 2 series ini tampil dengan dua model, BMW 218i Active Tourer yang berharga RM 218,800.00 manakala BMW 218i Active Tourer Luxury line bernilai RM248,800.00 (Harga runcit yang dianggarkan di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI0)).
sumber : mstar

Ulasan