Cara Mudah Lulus Ujian Memandu | Dalam era globalisasi ini, semua orang pasti berusaha untuk memiliki kenderaan sendiri sekurang-kurangnya kereta. Yelah kan kalau nak bawa keluarga mesti perlukan kenderaan sendiri yang besar baru la muat untuk ibu, ayah, isteri dan anak-anak duduk selesa. Akan tetapi sebelum memiliki kereta perlulah ada lesen memandu dulu.
Kalau tak pernah pandu kereta sebelum ni, untuk kali pertama mesti kekok duduk di tempat pemandu dan pegang stereng. Silap-silap memandu pun tersengguk-sengguk tapi tu lama-lama buat latihan pasti dapat atasi.
Sekarang ni nak bercakap tentang cara mudah lulus ujian memandu. Seingat saya masa dulu ketika saya ambil ujian tahun 2012 untuk litar ada ujian mendaki bukit, turun bukit, parking 3 penjuru, parking tepi kemudian ujian jalan raya, Kalau giliran mungkin kena masa jalan sibuk pula lagi bertambah gemuruh rasa jantung ni.
Apa yang perlu dititikberatkan semasa ujian ini?
Kalau tak pernah pandu kereta sebelum ni, untuk kali pertama mesti kekok duduk di tempat pemandu dan pegang stereng. Silap-silap memandu pun tersengguk-sengguk tapi tu lama-lama buat latihan pasti dapat atasi.
Sekarang ni nak bercakap tentang cara mudah lulus ujian memandu. Seingat saya masa dulu ketika saya ambil ujian tahun 2012 untuk litar ada ujian mendaki bukit, turun bukit, parking 3 penjuru, parking tepi kemudian ujian jalan raya, Kalau giliran mungkin kena masa jalan sibuk pula lagi bertambah gemuruh rasa jantung ni.
Apa yang perlu dititikberatkan semasa ujian ini?
- Sebelum memulakan ujian, check dulu keadaan kereta. Tali keledar keselamatan, tombol gear,cermin sisi, cermin pandang belakang, pedal minyak, pedal brek, pedal klac semuanya dalam keadaan baik. Agar masa ujian takda masalah berlaku.
- Pakai tali keledar.
- Semak semua cermin sisi dan pandang belakang. Pastikan ia membantu penglihatan anda.
- Pastikan gear dalam keadaan neutral. Hidupkan enjin dengan tenang.
- Masuk gear 1 dan pandu perlahan-lahan. Jangan lupa memberi isyarat ketika membelok.
Ok bermula dengan ujian di litar, yang pertama sekali :
Ujian menaiki bukit.
- ujian ini senang sahaja. Pandu kereta dengan kelajuan rendah sehingga tiba ke garisan dan tekan brek kaki dan kemudian tangan. Jangan terlalu gopoh. Pastikan kereta anda betul-betul berada di atas garisan melebihi 50% tayar hadapan. Kemudian angkat tangan.
Ujian menuruni bukit.
- ujian ini memerlukan anda fokus, Pastikan enjin tidak mati ketika hendak turun. Tekan dan lepaskan klac dan tekan pedal minyak perlahan-lahan sehingga anda rasa kereta anda seperti terangkat. Pada ketika itu stabilkan pada keadaan terangkat itu. Turunkan brek tangan dan kereta anda akan berjalan menuruni bukit dengan selamat. Terus pandu untuk ujian seterusnya.
Ujian Parking 3 Penjuru
- ujian ini amat mudah bagi saya. Masuk dan keluar ja. Pandu kereta dengan cermat kemudian belok ke dalam kawasan ujian dan belok sekali lagi untuk petak parking. Pastikan anda mengagak saiz petak dan jarak tembok dengan betul. Dah masuk, undur pula kereta anda dengan berhati jangan sampai makan line atau langgar tembok kemudian keluar seperti biasa.
Ujian Parking Sisi
- ujian ini memerlukan anda parking secara ke sisi dan agak rumit. Untuk cara mudah lihat gambar ini.
Setelah selesai ujian litar, kita menuju ke ujian jalan raya. Saya dulu hampir-hampir gagal sebab cuai masa memandu tu. Kebetulan masa tu ada lori rosak, saya terpaksa berhenti dan tukar gear 1, Akibatnya bila nak jalan enjin saya mati. Maklum la masa latihan takda halangan macam tu tiba-tiba masa ujian ada, tak ke cemas dibuatnya.
Okay untuk ujian jalan raya mudah sahaja.
- Masuk kereta. Pakai tali keledar, check cermin sisi dan pandang belakang, neutralkan gear, hidupkan enjin, check lampu isyarat kereta.
- Minta kebenaran untuk memulakan pemanduan dari pegawai JPJ
- Masuk gear 1,turunkan brek tangan dengan tenang,pandu perlahan dan gunakan gear bersesuaian ketika kenderaan sudah bergerak di jalan raya.
- Jangan pegang stereng menggunakan sebelah tangan. Gunakan kedua-dua tangan dengan konsep jarum jam 3 dan 9.
- Peka dengan keadaan lalulintas. Kereta rosak, orang melintas, motor memecut dan sebagainya.
- Semasa ujian, ketika di simpang pastikan anda memberi isyarat untuk membelok.
- Pastikan anda berhenti sebelum garisan.
- Ketika membelok, jangan melebihi garisan tengah atau tepi.
- Ikut semua isyarat lalulintas seperti lampu isyarat trafik, had laju, petak tak dibenarkan berhenti, dilarang masuk, dilarang belok kanan atau kiri.
- Memberi isyarat sebelum memintas kenderaan di hadapan. Pastikan keadaan selamat sebelum memintas. Jangan memotong di garisan berkembar.
- Memberi keutamaan bagi pengguna lain seperti pejalan kaki dan penunggang motorsikal.
- Brek dengan cermat,
- Pandu sehingga tamat ujian.
Ulasan
Catat Ulasan