Langkau ke kandungan utama

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge Dijual Mulai 2 April




Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge Hadir Di Malaysia 2 April
Samsung Malaysia akan mula melancarkan smartphone flagship terbaru keluarannya dari siri adik-beradik S iaitu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge seawal 2 April ini yakni selepas GST dikuatkuasakan. Harga seperti model-model sebelum ini, sudah pasti kita tidak boleh mengharapkan harga yang rendah tambahan pula dengan kadar ekstra cukai yang bakal dikenakan. Yang pasti harganya akan melebihi RM2,000.00. Bagi yang berkemampuan pasti saja mereka akan mula beratur panjang bagi menjadi orang yang pertama memilikinya.
Mengenai spesifikasinya kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasi yang sama. Bezanya ialah Samsung Galaxy S6 Edge hadir dengan skrin lengkung di bahagian kedua-dua sisinya dengan penambahan beberapa aplikasi khas untuk Galaxy S6 Edge.

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

  • Dilengkapi dengan platform Android 5.0.2 (Lollipop)
  • Pemproses Exynos 7420 dengan Quad-core 1.5 GHz & Quad-core 2.1 GHz
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 5.1 inci Super AMOLED, 1440 x 2560 pixels
  • Skrin lengkung dibahagian sisi untuk Samsung Galaxy S6 Edge
  • Kamera utama 16 Megapixel, Dual LED Flash, OIS dan kamera hadapan 5 Megapixel
  • Terdapat pilihan memori 32, 64, 128 GB dan 3 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2550 mAh, Pengecas tanpa wayar

Ulasan