Penunggang motosikal berkuasa tinggi ( superbike ) tidak digalakkan untuk menganjurkan konvoi dalam jumlah yang besar kerana berisiko tinggi ditimpa kemalangan jalan raya.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Abdul Haris Lakar berkata jika salah seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak.
Katanya, kesilapan lain yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan.
(Gambar sekadar hiasan)
Ulasan
Catat Ulasan