Polis Tahan Lelaki Ingin Berkahwin. Apa Puncanya ?



POLIS menyerbu sebuah kuil di India selepas seorang lelaki cuba mengahwini seekor ular tedung selar kerana percaya dirinya juga daripada spesies sama.
Sandeep Patel, 27, mendakwa dirinya sebagai 'ichchadhari nagin' (jelamaan ular) yang akan menjadi ular tedung selar pada waktu malam (mengikut kepercayaan Hindu).
Lelaki itu juga mendakwa, ular tedung selar betina berkenaan telah mengakui mencintai dirinya akan mahu berkahwin secepat mungkin.
Berikutan kepercayaan berkenaan, keluarga Sandeep telah melakukan persediaan untuk melangsungkan perkahwinan tersebut sejak dua minggu lalu.
Akibat perkahwinan pelik itu, lokasi majlis tersebut di sebuah kampung di Badwapur dibanjiri seramai 15,000 orang yang ingin menyaksikan persandingan 'pasangan' berkenaan.
Saksi memberitahu, Sandeep sebelum ini menjalani kehidupan seperti seekor ular termasuk ketika minum.

Ulasan