Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat - Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya resepi ini menggunakan buah seperti manga, strawberi, anggur, barries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri
2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing
3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon
4)Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach
5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers
6)Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender
7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam
Koleksi resepi berikut adalah dari sumber FB yang saya ambil untuk dikongsikan kepada anda semua.
Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris
Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.
Cara penyediaan:
Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.
Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.
2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral
Cara penyediaan:
Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral
Kebaikan bahan-bahan ini:
*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.
*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt
*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan
Bahan-bahan:
Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis
Cara Membuatnya:
Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.
2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral
Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda
2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren - dihiris
2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba
Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.
- Seuncang teh hijau
- Sebiji lemon
- Sesudu madu
- Air kosong / air mineral
Cara cara:
- Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
- Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
- Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
- Isikan air kosong sehingga separuh botol
- keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan
- Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
- Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol
- Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk.
Buah lemon dan limau nipis antara bahan penting untuk buat air detox |
Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:
- meningkatkan tahap metabolisma
- menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
- membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
- meningkatkan mood
- mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam
Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:
1)Buah-buahanSitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri
2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing
3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon
4)Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach
5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers
6)Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender
7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam
Cara Penyimpanan
Simpan infused water atau air detox dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.
Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat
1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah
Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris
Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.
Cara penyediaan:
Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.
Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.
2. Resepi Air Detox Buah timun dan lemon
Bahan-bahan:2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.
3. Resepi Air Detox Strawberry dan tembikai
Bahan-bahan:2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral
Cara penyediaan:
Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.
4. Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit
- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral
Kebaikan bahan-bahan ini:
*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.
*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt
*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan
5. Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis
Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.Bahan-bahan:
Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis
Cara Membuatnya:
- Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
- Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.
Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.
6. Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina
Bahan-bahan:2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral
Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda
7. Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren
Bahan-bahan:2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren - dihiris
2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba
Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.
8. Resepi air detoks untuk membuang toksin dalam badan dan juga menurunkan berat badan.
Bahan bahan:- Seuncang teh hijau
- Sebiji lemon
- Sesudu madu
- Air kosong / air mineral
Cara cara:
- Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
- Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
- Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
- Isikan air kosong sehingga separuh botol
- keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan
- Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
- Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol
- Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk.
Ulasan
Catat Ulasan